Kiriman pada: Thu, Dec 31st, 2015

Orang Kita Gemar Memilih Untuk Ditipu?

Kongsi maklumat ini
Tags

Sepanjang tahun 2015 ini rakyat Malaysia menjadi hamba kepada cerita-cerita viral di media sosial. Apa sahaja yang menjadi viral akan dituruti oleh mereka.

Bahan yang menjadi viral itu ada yang benar-benar sahih dah ada juga yang bulat-bulat menipu. Video mahupun penulisan dilihat berkuasa ke atas setiap pemikiran dan juga tindakan rakyat yang celik internet masa kini.

Pada hemat mereka informasi masa kini adalah mudah diakses. Sememangnya mudah, walau bagaimanapun adalah suatu kecelekaan apabila mereka juga mudah untuk mempercayai. Diibaratkan seperti membawa kenderaan auto yang mudah dikendalikan, tetapi jika sekadar bawa tetapi tidak fokus dan leka, kemalangan boleh berlaku.

Tahun 2016 akan datang pastinya akan lebih mencabar. Cabarannya di sini adalah untuk mengatasi masalah golongan hamba cerita viral yang palsu ini. Bagai sudah tepu di dalam jiwa, apa yang sensasi itu adalah benar semata-mata benar.

Hendaklah ditingkatkan amalan membaca isi bukan tajuknya. Peribahasa orang putih juga ada mengatakan jangan dinilai buku dari paparan hadapannya. Sebenarnya sungguh rugi menjadi manusia yang sentiasa ‘memilih’ untuk ditipu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.