Kiriman pada: Sun, Dec 4th, 2016

Orang Melayu Perlu Bersatu Padu Bersama UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

perluKuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan orang Melayu perlu bersatu padu bersama UMNO supaya maruah bangsa itu tidak akan hilang di dunia.

“Wahai bangsaku, wahai UMNO partiku, masa yang berlalu tak kan kembali lagi. Kesempatan yang hilang tak mungkin berulang berganti.

“Inilah saatnya kita tak boleh lagi mensia-siakan harapan anak cucu dan keturunan kita kerana jika kita hilang anggota tubuh dalam perjuangan itu tidak mengapa.

“Namun jika kita hilang maruah bangsa dan UMNO yang tercinta, ertinya kita telah hilang segala-galanya,” katanya.

Ingatan tersebut dibuat Presiden UMNO itu pada ucapan penggulungan perbahasan usul-usul di akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Perdana Menteri berkata orang Melayu juga perlu bersatu demi kepentingan umat Islam dan kegemilangan negara.

“Lantas agar Melayu terus gemilang, demi ummah kekal cemerlang, ayuhlah kita rapatkan saf dan berpadu teguh demi UMNO, demi Islam, demi Malaysia. Walau seribu aral melintang, walau sejuta dugaan mendatang, jalan yang sukar kita rempuhi, kita rempuhi juga,” katanya.

Najib kemudian melaungkan kata-kata Hidup UMNO!, Hidup Barisan! dan Hidup Malaysia! dan kata-katanya itu disambut semua perwakilan yang hadir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.