Kiriman pada: Wed, Jul 22nd, 2015

Orang Melayu Perlu Sedar :- Akhir

Kongsi maklumat ini
Tags

NKN_7681Tidak hairan nanti, apabila Rakyat telah terpengaruh dengan propaganda DAP dan tertanam dalam hati, perasaan dan minda bahawa “Kita di pimpin oleh seorang pemimpin yang Korup”, campuran Pembangkang atas nama badan NGO akan mengadakan HIMPUNAN RAKYAT bertemakan “JATUH NAJIB”.

Asakkan propaganda HOSNI MUBARAK RASUAH kepada Rakyat Mesir oleh golongan aktivis membawa kepada HIMPUNAN RAKYAT di TAHRIR SQUARE, CAIRO, berakhir dengan TIGA MINGGU kemudian HOSNI MUBARAK meletakkan jawatan. Kejatuhan Hosni Mubarak adalah menerusi KUASA RAKYAT atau DEMONSTRASI/PERHIMPUNAN RAKYAT, bukan menerusi PILIHANRAYA. Ia bermula dengan SMS yang di hantar dari seorang gadis berumur 23 tahun.

Ciri2 Mesir ini sudah ada dalam LANSKAP POLITIK negara yang di bawa oleh pembangkang di terajui DAP yang menggunakan orang Melayu untuk membentuk ‘KUASA CINA di MALAYSIA’. Apa yang orang Melayu akan capai?

*YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad MP MERSING

*YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad
MP MERSING

Kita lihat di sini sebagai pengajaran. Apa yang Rakyat Mesir perolehi dari PERHIMPUNAN Tahrir Square:-

1. Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
2. Pergolakan politik Mesir tidak berhenti hingga kini. Sudah 2 kerajaan di bentuk.
3. Lahirnya golongan militant.
4. Ekonomi Mesir jatuh teruk.
5. Pengangguran tinggi.
6. Harga barang2 asas melambung tinggi.
7. Kos sara hidup tinggi.
8. Kesejahteraan hidup jatuh.
9. Rasa hormat dunia pada Mesir sudah hilang.

Model kejatuhan Hosni Mubarak juga berlaku di Libya, Iraq, Pakistan, Syria, Philippines, Romania, Indonesia, Nepal dan India. India menerusi pilihanraya.

Atau paling busuk, DAP tunggu sehingga PRU-14 untuk menjatuhkan UMNO.

-/ Oleh YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad
MP MERSING

Orang Melayu Perlu Sedar :- Akhir

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.