Kiriman pada: Wed, Jul 22nd, 2015

Orang Melayu Perlu Sedar :- Bhg.Kedua

Kongsi maklumat ini
Tags

NKN_7437Kita ‘Salute’ DAP kerana STRATEGI POLITIK mereka telah MENGENA. Mereka menggunakan strategi ‘CHARACTER ASSASINATION’ menerusi KAEDAH MENYERANG, MEMBURUK, MENGHINA dan MEMBENCI. Sasaran mereka adalah pemimpin UMNO.

Bersama2 media online pro-pembangkang, mereka mencipta cerita ‘Skandal 1MDB’. Benarkah ada skandal? Mana bukti Jho Low ambil dana 1MDB sebanyak USD700 juta (RM2.45 billion)?

Masuk akal kah RM2.45 billion hilang, manakala kerajaan dan 1MDB berdiam dan berpeluk tubuh?

Jika hilang RM2.45 billion tidakkah 1MDB sepatutnya sudah bankrap?

Bila pinjaman tidak di gunakan untuk ‘TUJUAN’ yang di tetapkan oleh Institusi Kewangan, tidakkah Bank akan RECALL LOANS untuk elak daripada menghadapi NON-PERFORMING LOANS yang tinggi?

Sekurang2nya kita tunggu sehingga selesai laporan KETUA AUDIT NEGARA dan PAC baru kita boleh mendapat cerita SEBENARnya.

*YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad MP MERSING

*YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad
MP MERSING

Mengapa setiap kali gambar Jho Low di pamerkan mesti bersama Paris Hilton? Gambar dengan Paris Hilton yang itu2 juga di mainkan berkali2, tidakkah bertujuan melahirkan ‘Rasa Benci’ di kalangan rakyat pada Jho Low untuk tujuan mana2 individu atau mana2 institusi yang di kaitkan dengan Jho Low akan di benci? Tidakkah strategi ini akan memudahkan pembangkang dan online media pembangkang terus membuat tuduhan demi tuduhan yang di REKA untuk menanam kebencian mendalam serta kehilangan kepercayaan dan keyakinan Rakyat pada UMNO?

Inilah yang sedang berlaku. Terdapat kelompok2 masyarakat telah terpenggaruh dan masuk JERAT DAP (Malangnya tiada survey berapa peratus kelompok masyarakat yang terjerat dalam perangkap DAP). Apa pun strategy DAP ini amat berkesan. Mereka merancang ‘KEHADAPAN’. Oleh sebab strategi ini berkesan, selain 1MDB, mereka akan terus MENCIPTA ISU. Mereka akan memainkan propaganda “DEMI RAKYAT KAMI AKAN MEMBONGKAR SKANDAL KERAJAAN YANG BERGELUMANG DENGAN RASUAH’ untuk menanamkan rasa benci dan memisahkan RAKYAT DENGAN UMNO sehingga rakyat AKAN LUPA bahawa sekitaran negara yang SELAMAT, STABIL dan SEJAHTERA yang KITA NIKMATI kini adalah dari PERJUANGAN UMNO.

-/ Oleh YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad
MP MERSING

– Orang Melayu Perlu Sedar :- Bhg.Kedua

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.