Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Orang Melayu tiada pilihan selain pilih UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

ISMAIL_SABRI_PC_030215_TMISETH_02BERA: Suasana politik negara yang getir pada masa kini menjadikan orang Melayu dan bumiputera di negara ini tidak mempunyai pilihan selain mengekalkan UMNO sebagai tonggak pemerintah di negara jika mahu masa depan mereka serta agama Islam terus terbela.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perpecahan hanya akan merugikan orang Melayu yang akhirnya akan menyebabkan pemerintahan negara dikuasai oleh orang lain.

“Jadi pilihan orang Melayu adalah mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO ataupun terus biarkan ia diruntuhkan,” katanya.

Ismail Sabri, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar ketua bahagian pada mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, katanya fitnah yang dilemparkan terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ditolak kerana ia akan melemahkan parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan jentera UMNO supaya turut membantu parti menjelaskan kepada agar umbi dan rakyat tentang isu-isu semasa yang dibangkitkan melalui laman sosial.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.