Kiriman pada: Fri, Mar 27th, 2015

Orang Ramai Dinasihatkan Rujuk Kepada Bank Bagi Penyemakan Yuran Selepas CBP

Kongsi maklumat ini
Tags

gstKuala Lumpur – Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) telah menerbitkan satu dokumen dalam laman webnya dengan menyenaraikan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan ke atas 300 produk dan perkhidmatan umum oleh bank-bank yang menganggotainya.

Senarai ini akan memberikan kejelasan dan membantu orang ramai memahami pendekatan yang diambil untuk CBP.

“Dengan cara itu mereka akan sedar, apa jenis produk dan perkhidmatan bank yang tertakluk di bawah CBP dan yang mana tidak,” kata Pengarah Eksekutif ABM, Chuah Mei Lin dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau menasihatkan pelanggan untuk merujuk kepada bank masing-masing mengenai semakan semula bayaran yuran selepas kemasukan CBP yang mana berkenaan, bagi setiap produk dan perkhidmatan.

Anggota ABM akan menerbitkan senarai harga yang terperinci pada premis perbankan atau di laman web masing-masing.

Di samping itu, yuran dan caj yang dikenakan untuk mengimbangi kerugian, atau ganti rugi dalam kes-kes di mana pelanggan gagal memenuhi keperluan tertentu atau keadaan adalah tidak tertakluk kepada CBP.

Contoh caj tersebut adalah untuk caj bayaran lewat, yuran penggantian untuk kehilangan kad/buku akaun/nombor PIN dan yuran overdraf yang tidak dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 1300-88-9980 dari Isnin hingga Jumaat atau menghantar pertanyaan mereka melalui eABMConnect di laman web ABM.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.