Kiriman pada: Sun, Nov 27th, 2016

Orang UMNO Ini Udah Kenapa?

Kongsi maklumat ini
Tags

kenapaMemang benar adakalanya kita dapat melihat Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak di lihat duduk berbual bersama Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, malah pernah menziarahi Presiden PAS ketika menerima rawatan di IJN suatu ketika dahulu.

Ini tidak bermakna UMNO sedang menguruskan atau membina satu jambatan perhubungan yang membolehkan PAS menjadi komponan dalam Barisan Nasional dan bersekutu dengan UMNO, orang UMNO seperti histeria apabila mendapat rasa yang PAS dan UMNO akan bertaut dan mula membuat huraian berhubung dengan percantuman itu.

Tidak dinafikan memang kedua Presiden UMNO dan PAS ada berbual dan duduk berbincang tetapi bukan soal kepada politik atau percamtuman atau membawa kembali PAS kedalam UMNO, tidak lah diketahui pada masa hadapan, itu pun jika pemimpin PAS menarik semula amanat Hadi yang mengkafirkan UMNO.

Seperti kita ahli UMNO tahu sahingga kini Hadi Awang belum pun menarik semula amanatnya yang dikeluarkan pada 7 April 1981 itu yang menjadi punca berlakunya banyak perselisihan faham dikalangan rakyat negara ini yang berlainan aidiologi politik mereka, banyak kepincangan masyarakat berlaku ketika itu dan sahingga kini masih berlarutan.

Apa tah lagi ketika PAS menjalinkan hubungan dengan pembangkang lain seperti DAP yang dulunya cukup anti Islam dan kemudian bersatu pula didalam Pakatan Rakyat bersama PKR, maka kebencian orang Melayu terhadap UMNO semakin disemai, dari hasutan kebencian yang bertali arus terhadap parti UMNO maka Barisan Nasional telah kehilangan beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Orang UMNO pasti tidak akan lupa sejarah ini, jika tidak kerana kebijaksanaan Presiden UMNO ketika itu Dato’ Seri Najib, maka sahingga kini orang UMNO pasti berputih mata untuk mendapatkan kembali negeri yang telah jatuh kepada pembangkang ketika itu walaupun sahingga kini orang UMNO masih gagal untuk mengambil kembali Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Apa yang orang UMNO lihat pertemuan kedua Pemimpin parti besar itu bukan sekdar perbincangan politik semata, mungkin kedua mereka tidak menyentuh lansung soal penyatuan PAS-UMNO, tetapi yang diperbincangkan adalah soal Islam sejagat dan bukannya ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik.

Sebagai pemimpin yang beragama Islam sudah pasti perbincangan soal agama Islam yang menyentuh kepentingan ummah menjadi topik perbualan, bukan soal bagaimana membawa PAS kedalam UMNO atau UMNO menjadi sebahagian daripada PAS.

Demi Islam Presiden UMNO sanggup ketepikan soal dendam politik, perbezaan pendapat atau pegangan politik demi mencapai titik persamaan untuk kepentingan ummah dan kepentingan sejagat secara keseluruhannya.

Malah Presiden PAS sendiri pernah berkata bahawa kerjasama dengan UMNO adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik.

Jadi kepada orang UMNO usah melatah lebih, selagi Hadi Awang tidak menarik semula amanatnya terhadap UMNO dari segi politik, maka Hadi Awang dan PAS tetap musuh UMNO, janganlah kita menjadi Melayu UMNO yang mudah lupa.

Dalam masa yang sama kita perlu bersyukur bahawa sedikit demi sedikit Hadi Awang telah mengiktiraf bahawa kita dan Pemimpin UMNO adalah pejuang Islam yang memperjuang dan memertabatkan Islam sejak dari Dahulu, Kini dan Selamanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.