Kiriman pada: Sun, Feb 21st, 2016

Orang Yang Malas Mati Adalah Lebih Baik.

Kongsi maklumat ini
Tags

males-bangun-pagiIsu pekerja asing yang banyak di polimikkan oleh banyak pihak kini telah selesai, terutama dengan isu pengambilan sejumlah besar pekerja Bangladesh untuk di tempatkan di pelbagai sektor di dalam negara.

Hakikat pengambilan tersebut bertujuan menampung permintaan tinggi tenaga buruh oleh industri, namun atas kepentingan bersama kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua sumber.

Ketetapan itu akan berterusan sahingga kerajaan berpuashati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja setiap lapangan, paling penting langkah itu sekali gus membolehkan kerajaan meneliti kembali pembayaran levi pekerja asing, menumpukan pengkajian semula dan mengandakan penguatkuasaan terhdap pekerja asing tanpa izin.

Sudah tentu ini boleh di lihat sebagai memenuhi keperluan rakyat masa kini, yang tinggal sekarang adalah untuk masyarakat mengambil keputusan itu secara positif, seharusnya pihak-pihak berkepentingan menyahut seruan kerajaan untuk dduk berbincang bersama-sama berhubung membangunkan negara.

Lebih-lebih lagi menumpukan kepada pengambilan pekerja tempatan secara total dalam setiap sektor, dalam hal ini wajar untuk masyarakat menghayati keta-kata tokoh cendikiawan, Professor Di Raja Ungku Abdul Aziz, di mana dalam satu ungkapannya yang pling bermakna beliau antara laing mengingatkan rakyat agar tidak malas bekerja dan rajin bercakap.

Masalahnya sekarang banyak pihak lebih banyak bercakap bermacam-macam isu daripada mencari penyelesaian, sesungguhnya keadaan sedemikian tidak menguntungkan sesiapa pun, perlu tahu permintaan kepada keperluan tenaga buruh yang tinggi dan kebanjiran warga asing menuntut tindakan berterusan selain ia juga saling berkait rapat antara satu dengan yang lain.

Oleh itu gulungan pencari kerja terutama belia tempatan harus berusaha mengikis tanggapan bahawa rakayat negara ini lebih gemar memilih-milih kerja, meski pun ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan itu, hakikatnya ia berlaku.

Keadaan tersebut bedasarkan pengamatan oelh pihak industri sendiri, jadinya kerajaan perlu membuat keputusan yang lebih konkrit dalam usaha menarik minat belia dan pada masa sama memuaskan hati majikan.

Apa pun dalam senario masyarakat ini adalah lebih baik semua pihak tidak hanya pandai bercakap, tetapi sebaliknya perlu juga bekerja keras, bak kata Professor Di Raja Ungku Abdul Aziz, orang yang bagus sekali ialah orang yang rajin bercakap, rajin bekerja sebaliknya orang yang malas bekerja, suka menyebok, baiklah mati.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.