Kiriman pada: Mon, Nov 2nd, 2015

PAC restu debat Tony Pua, Arul Kanda

Kongsi maklumat ini
Tags

TONY PUAKUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak menghalang ahlinya, Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy. Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin, berkata Arul sudah bersetuju untuk berdebat tanpa syarat dengan Pua. “(Sehubungan itu) ..terpulang kepada Pua untuk membuat keputusan sama ada mahu berdebat atau tidak,” katanya pada sidang media di lobi parlimen di sini, pagi ini. PAC mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini selepas pelantikan enam anggota baharu termasuk pengerusinya yang dilantik memegang jawatan itu berkuat kuasa 19 Oktober lalu. Ahli Parlimen Rompin itu menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri susulan rombakan Kabinet pada Julai. Selain Hasan, anggota PAC yang baharu dilantik ialah Anggota Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh dari BN dan Anggota Parlimen Kota Baharu, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS. Turut dilantik Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) dan Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) yang masing-masing menggantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri Luar) dan Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.