Kiriman pada: Wed, Apr 8th, 2015

Padah Minta Rasuah RM64,000

Kongsi maklumat ini
Tags

KES RASUAH / MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRUJohor Bahru: Seorang Pekerja Rendah Awam, Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi, Naf’ Kamarulzaini Atan, 33, dihukum penjara lapan tahun dan denda RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah meminta dan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan, lima tahun lalu.
Seorang lagi lelaki yang juga pegawai atasan tertuduh yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Tanah Kanan, Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi, Rahmat Abdullah, 52, pula dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000 selepas disabitkan kesalahan meminta dan menerima rasuah daripada ahli perniagaan sama.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
Naf’ Kamarulzaini yang sudah berkhidmat selama 10 tahun menghadapi empat tuduhan menerima rasuah berjumlah RM64,000 antara 31 Mei hingga 8 Julai 2010.
Bagi setiap tuduhan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun yang berjalan serentak mulai semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.