Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

Ketika Pembukaan Dewan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

KL18_100315_KUNJUNGANKUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan supaya satu peraturan bagi mewajibkan semua ahli Parlimen memakai pakaian istiadat pada setiap kali sesi pembukaan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar, berkata pemakaian itu perlu diwajibkan sebagai menunjukkan rasa hormat Ahli Parlimen terutama kepada Yang di-Pertuan Agong yang merasmikan majlis pembukaan berkenaan.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang enggan mengenakan pakaian terbabit semalam disifatkan sebagai kurang rasa sensitif dan tidak hormat terhadap kemuliaan Dewan Rakyat.
“Kalau boleh saya mahu mencadangkan pada setiap kali pembukaan sesi Parlimen, mesti wajibkan semua Ahli Parlimen pakai pakaian istiadat.

“Kalau tidak hormat siapa lagi nak hargai dan jaga kemuliaan Parlimen dengan menghormati peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah Yang di-Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada sesi pembukaan Dewan Rakyat yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam, majoriti ahli Parlimen pembangkang memakai pakaian hitam sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang memakai pakaian istiadat.

Malah, beberapa Ahli Parlimen DAP dilihat tidak memakai songkok hitam yang menjadi sebahagian protokol jika memakai sut gelap.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.