Kiriman pada: Sun, Jan 24th, 2016

Pakar periksa objek didakwa serpihan pesawat MH370

Kongsi maklumat ini
Tags

Suspected airplane wreckage washed ashore on a beach in southern ThailandBANGKOK: Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan yang dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370. Pegawai polis daerah itu, Sub Leftenan It Paijit Pangkaew, berkata serpihan yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat itu akan dibawa ke balai polis daerah berkenaan bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara itu memeriksanya. “Kami menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan itu,” katanya yang dihubungi, hari ini. Serpihan itu, katanya, ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis. Semalam, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang. Penemuan serpihan itu mendorong media negara berkenaan membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lalu. Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal. It Paijit berkata, walaupun serpihan ditemui itu menyerupai bahagian pesawat, beliau tidak dapat dapat memberi kepastian. “Ia memang kelihatan seperti daripada pesawat, tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dulu. “Proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.