Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Pam Air Disedia Hadapi Fenomena EL NINO

Kongsi maklumat ini
Tags

hdgmPutrajaya – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyediakan pam bagi membekalkan keperluan air ke kawasan yang berkemungkinan kering ekoran fenomena El Nino, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata El Nino, yang menyebabkan cuaca panas dan kering, dijangka memberi kesan kepada tanaman terutamanya yang memerlukan banyak air.

“Antara tanaman yang dijangka terjejas ialah padi dan durian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baru 2016 kepada warga kementerian di Wisma Tani di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan cuaca panas dan kering yang berlaku di Perlis dan Kedah, dijangka dialami seluruh Semenanjung pada penghujung Januari hingga Mac ini.

Keadaan sama dijangka berlaku di Sabah dan Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak disebabkan fenomena El Nino kuat yang akan berterusan sehingga suku pertama 2016.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.