Kiriman pada: Thu, Aug 27th, 2015

Pameran foto klasik Merdeka

Kongsi maklumat ini
Tags

41378873086_950x600Melaka: Gambar Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat keris sejurus tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, dengan pesawat Malayan Airways pada tahun 1956, antara koleksi foto eksklusif pada Pameran 50 Foto Kemerdekaan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, bermula Sabtu ini. Foto pada keratan muka depan akhbar Berita Harian terbitan 2 September 1957, serta beberapa keping lagi gambar hitam putih dan berwarna dari arkib Pusat Sumber The New Straits Times (M) Berhad (NSTP), tidak pernah dipaparkan untuk tatapan umum sebelum ini. Pameran 50 Foto Kemerdekaan yang akan berlangsung hingga 16 September ini, dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Pengurus Pusat Sumber NSTP, Ramlan Ramli, berkata semua foto yang akan dipamerkan merangkumi sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu, perjanjian kemerdekaan antara Tunku Abdul Rahman dengan Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris, Lennox Boyd di London dan proklamasi pengisytiharan kemerdekaan yang dibaca pada pagi 31 Ogos 1957. Sangat sukar didapati “Foto ini sangat sukar didapati dan hanya ada dalam simpanan Pusat Sumber NSTP. Jadi, kami menghargai usaha kerajaan Melaka yang memberi ruang untuk berkongsi foto eksklusif ini bersama penduduk negeri ini dan juga pelancong,” katanya. Ramlan berkata, foto perarakan Tunku Abdul Rahman bersama rombongan kemerdekaan di Batu Berendam dan sambutan malam kemerdekaan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, akan turut dipamerkan. “Orang ramai juga berpeluang melihat gambar Ketua Menteri Melaka yang pertama, Allahyarham Tan Sri Osman Talib berucap di Bastion House, Bandar Hilir pada tahun 1957 dan sambutan kemerdekaan pertama di luar ibu negara iaitu Melaka pada tahun 1985,” katanya. Yang turut disediakan, kios pendaftaran News Image Bank (NIB) secara percuma, pendaftaran akhbar dalam talian (e-Paper), jualan buku dan melayari foto menerusi komputer. Pameran itu bukan sahaja membolehkan orang ramai mengenali sejarah negara dengan lebih dekat, malah menyemai semangat patriotik serta memberi peluang kepada pelancong mengenali keunikan Malaysia. Lebih menarik, tiga pengunjung bertuah akan menerima naskhah ensiklopedia bertajuk Road to Nation Hood yang menceritakan zaman Jepun, darurat dan kemerdekaan, Malaya to Malaysia, Tunku in His Own Words serta Integriti dan Dedikasi Tun Abdul Razak keluaran khas pusat sumber NSTP.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.