Kiriman pada: Fri, Dec 2nd, 2016

Pandang Ke Hadapan Untuk UMNO Kekal Relevan

Kongsi maklumat ini
Tags

pandangKuala Lumpur – Perwakilan UMNO perlu memandang ke hadapan dengan memahami pola tingkah laku dan gelagat sosial masyarakat untuk memastikan parti kekal relevan daripada asyik bernostalgia mengenai bekas pemimpin parti, demikian tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti berkata adalah lebih baik jika perwakilan UMNO tidak lagi meng’hero’kan bekas pemimpin parti selepas ini.

Beliau berkata dalam sidang media bersama-sama Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 oleh Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Datuk Seri Hishammuddin yang turut ditanya jika terdapat perwakilan pada perhimpunan agung kali ini yang masih tidak memandang ke hadapan, berkata terdapat perbezaan ‘mood’ pada persidangan tahun ini berbanding tahun lepas.

Ditanya mengenai tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara UMNO dengan PAS, Datu Seri Dr Ahmad Zahid berkata ketika ini apa yang berlaku antara kedua-dua parti lebih kepada konsep ta’awun dan tabayyun dan bukanlah kerjasama politik seperti yang digembar-gemburkan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.

UMNO menyokong usul itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.