Kiriman pada: Thu, Jul 31st, 2014

Pandelela-Nur Dhabitah Tuai Pingat Gangsa

Kongsi maklumat ini
Tags

Diving BronzeEdinburgh – Biarpun hanya tiga hari digandingkan untuk acara 10m platform seirama, pasangan Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel ke-20.

Dalam saingan akhir di kolam renang Royal Commonwealth, gandingan Pandelela-Nur Dhabitah mengumpul 300.12 mata.

“Ini pencapaian yang di luar jangkaan. Kami hanya berlatih selama tiga hari di sini. Saya akui saingan di sini agak sukar dengan jaguh-jaguh dunia seperti Kanada dan England,” kata Pandelela.

Menurut beliau semasa pertandingan berlangsung, kedua-dua mereka langsung tidak melihat papan markah dan hanya fokus kepada terjunan yang berikutnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.