Kiriman pada: Fri, Feb 26th, 2016

Panel penilaian SPRM Menyangkal Kenyataan Malaysian Insider

Kongsi maklumat ini
Tags

hamid-bugo_sorm_malaysia-insider_600Kami, seperti yang di bawah, merupakan Pengerusi dan dua orang ahli Panel Penilaian Operasi (Panel) yang menasihati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak terlibat mengenai kandungan laporan akhbar bertajuk “Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee” (Artikel) yang diterbitkan The Malaysian Insider awal hari ini.

Kami difahamkan bahawa kenyataan berkenaan dipetik dari seorang ahli panel yang tidak dinamakan, sebagai sumber bagi pelbagai kenyataan yang dikaitkan dengan Panel.

Kami ingin menegaskan bahawa tiada sumber yang tidak dinamakan diberi kuasa untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak Panel; dalam apa jua keadaan. Dengan ini, kami menjelaskan bahawa tidak ada langsung penglibatan dalam mengaitkan sumber tidak bernama dengan kenyataan.

Kami juga ingin menambah bahawa pihak Panel tidak pernah menyatakan bahawa “Ada bukti untuk mendakwa Najib ke atas SRC seperti mana yang dituduh oleh artikel berkenaan, Terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak.”.

Pihak Panel juga menafikan bahawa “Penyiasat SPRM telah mengumpul bukti yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

Walau bagaimanapun, pihak Panel menasihati SPRM untuk menyelesaikan siasatan mereka.

Kami juga ingin merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh SPRM yang mendakwa “SPRM telah diminta oleh ORP untuk mengeluarkan kenyataan umum berkenaan isu-isu berkenaan.”.

Dengan ini kami menyatakan bahawa pihak Panel tidak pernah membuat permintaan sebegitu kepada SPRM. Namun ia bergantung kepada SPRM jika mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

 

Tan Sri Hamid Bugo, Presiden

Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Ahli Panel

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.