Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Papparich Buka Cawangan Kedua Di Amerika Syarikat

Kongsi maklumat ini
Tags

gjsfdKuala Lumpur – Restoran makanan Malaysia, “Papparich” membuka cawangan keduanya di Amerika Syarikat, sekaligus melengkapkan operasi ke-120 di seluruh dunia.

Ini termasuk 83 cawangan di Malaysia dan 37 lagi di luar negara, antaranya, Kanada, Australia, Taiwan, HongKong dan yang terbaharu, di New York.

Ini merupakan cawangan kedua di Amerika Syarikat, selepas yang pertama beroperasi di Los Angeles pada penghujung tahun lepas.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed, operasi-nya secara tidak langsung membantu langkah mempromosi “Jenama Malaysia”, di peringkat global.

Papparich Group, ditubuhkan pada tahun 2005 dengan cawangan pertama di Selayang Mall, menawarkan masakan ala-Malaysia, seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak, Roti Bakar, roti canai, Laksa dan mee goreng.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.