Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

PARAS AIR DI EMPANGAN GEMENCHEH DI BAWAH PARAS KRITIKAL

Kongsi maklumat ini
Tags

ndgykSeremban – Paras air di empangan Gemencheh, Tampin berada di bawah paras kritikal 94.75 meter, kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail.

Beliau berkata bagaimanapun, bacaan tersebut masih mampu bertahan untuk lebih 100 hari berikutan Sains telah mengurangkan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh bagi menstabilkan paras empangan.

Selain itu, katanya Sains turut membuat pengalihan agihan bagi sebahagian kawasan di Rembau yang mendapat bekalan dari LRA Gemencheh melalui bekalan dari LRA Sawah Raja.

“Dijangkakan projek ‘back pumping’ dari Sungai Jelai akan siap pada bulan Mac 2016 bagi menangani kekurangan air di empangan Gemencheh,” katanya di sini.

Selain empangan Gemencheh, Negeri Sembilan turut mempunyai enam lagi empangan iaitu empangan Sungai Terip di sini, empangan Sungai Beringin dan empangan Ulu Sepri di Rembau, empangan Kelinchi dan empangan Talang di Kuala Pilah serta empangan Triang di Jelebu.

Paras air di enam empangan tersebut berada pada paras normal, katanya.

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino.

Keadaan itu mengakibatkan kebanyakan kawasan mengalami kekurangan hujan di antara 20 hingga 60 peratus dan cuaca menjadi panas dan kering dengan meningkatan paras suhu udara sebanyak 0.5 ke 2.0 darjah Celsius.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.