Kiriman pada: Sat, Nov 12th, 2016

Parti BERSATU Bakal Diharamkan

Kongsi maklumat ini
Tags

haramBelumpun menjadi kerajaan, belum pun bertanding dalam pilihanraya umum, Parti Pribumi pimpinan Muhyiddin Yassin telah menerima tamparan dan teguran gara-gara keras kepala seolah undang-undang itu mereka yang tentukan, jadi benarlah telahan rakyat bahawa untuk menunjuk besar kepada kena jadi pembangkang tak boleh jadi kerajaan.

Dalam negara kita yang berkonsepkan demokrasi ini, undang-undang dan berpelembagaan perlulah di patuh oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira siapa mereka, Ahli politik, perompak, penyamun, perogol, skandal dengan bini orang kesemuanya adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.

Jika mereka ini (parti Pribumi) mengikut contoh dan perangai puak PAN yang di kepalai oleh DAP memang lah mereka akan hilang sifat orang Melayu yang tinggi budi pekerti serta adap dan sopannya, lihat sahaja perangai Mahatahir yang menjadi kepala peneraju bagi parti Pribumi, beliau juga telah menunjukkan tingkah laku yang tidak seperti seorang tua yang membesar didalam suasana harmoni negara ini, gara-gara berkawan degang puak kiasu DAP ini.

Ini berikutan satu amaran keras telah di keluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kepada pihak parti Pribumi kerana masih mengunakan nama BERSATU bagi singkatan nama parti mereka, kerana dengan terus menerus mengunakan jenama BERSATU pihak parti Pribumi telah pun melanggar Akta 335 Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan-Pertubuhan 1984.

Parti Muhyiddin dilarang bagi mengunakan jenama BERSATU baik didalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya, jika terdapat bukti mereka masih mengunakan jenama BERSATU maka pihak ROS akan mengambil tindakan tegas terhadap parti mereka termasuk membatalkan pendaftaran parti Pribumi ini.

Biasalah bila dah berkawan dengan gembala kambing maka sedikit sebanyak bau kambing akan melekat jua pada badan, begitulah jadinya jika berkawan dengan parti yang memang anti Melayu dan sudah pasti yang akan disalahkan nanti adalah UMNO.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.