Kiriman pada: Thu, Nov 10th, 2016

Parti Serpihan UMNO Tidak Gugat Kekuatan BN Pada PRU14

Kongsi maklumat ini
Tags

dahlanLabuan – Kewujudan parti serpihan UMNO tidak akan memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata BN terus menjadi pilihan utama rakyat kerana ia merupakan entiti politik bersatu yang mempunyai dasar dan pengalaman dalam menangani isu-isu dalam negara.

Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPB), Parti Warisan dan Parti Harapan Rakyat oleh bekas pemimpin UMNO hanya bermatlamat mahu merebut jawatan perdana menteri dan memburuk-burukkan kerajaan pimpinan BN.

“Selepas enam bulan mereka beroperasi, tidak satu pun ada mengumumkan tentang dasar ekonomi, pendidikan, dasar luar negara, sosial atau dasar kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Asia (ABC) 2016 di sini, hari ini.

Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kepercayaan terhadap kredibiliti dan keupayaan kerajaan membolehkan BN menerima sokongan berterusan daripada rakyat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.