Kiriman pada: Sun, Jan 22nd, 2017

PAS Di Perlekeh Oleh Mahathir

Kongsi maklumat ini
Tags

Tiada kesudahan nampaknya cakap besar Mahathir ini, malah memperlekehkan kawan dan lawan adalah makan ruji bagi Mahathir, dalam apa jua cabaran cakap besar bekas Perdana Menteri ini sekian hari semakin tidak dapat dikawal.

Mungkin ini adalah cara Mahathir bermain politik atau mungkin ini adalah cara berpolitik yang di anuti oleh Mahathir, memperlekeh usaha lawan mahu pun kawan, kesemua yang baik-baik adalah milik dirinya sahaja.

Lihat sahaja apa yang dikatakan kejayaan Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, kesemuanya adalah untuk memenuhi nasfu dan hajat hatinya sahaja sedangkan tiada suatu pun boleh dikatakan sebagai memenuhi kehendak rakyat kebanyakkan.

Diketika ini Mahathir menonjolkan sikap suka memperlekeh yang ada dalam dirinya, di dalam keadaan terumbang-ambing bersama parti baharunya, parti Bunga raya, Mahathir masih mahu memperlekeh parti yang terlebih dahulu berada didalam pakatan ia ini parti PAS.

Parti bunga yang belum pun lagi menunjukkan sebarang kejayaan jika mahu dibandingkan PAS yang telah menawan Kelantan, membantu menawan Selangor dan Pulau Pinang tapi mahu menunjukkan kejaguhan dirinya dengan memperlekehkan parti PAS.

Malah kenyataan bahawa parti Bunga mampu mengalahkan parti PAS adalah cakap-cakap besar Mahathir yang tidak lagi dapat disembunyikan, mungkin pada sesetengah ahli dan pemerhati politik ini adalah merupakan cakap-cakap Mahathir untuk membeli jiwa pemimpin parti DAP.

Mungkin juga ianya sekadar mahu melemahkan kepimpinan parti PAS yang kini dilihat lebih mesra bersama Barisan Nasional dan UMNO, maka kerisauan yang dihadapi oleh pemimpin parti DAP mesti di sangkal dengan membuat kenyataan atau cakap-cakap besar seperti ini.

Jika benar, maka Mahathir telah berjaya meyakinkan bossnya yang berada didalam parti DAP, meyakinkan bahawa parti pembangkang akan dengan mudah boleh menang dalam pilihan raya ke 14 nanti sudah cukup untuk memberi keyakinan bahawa cakap-cakap Mahathir boleh dianggap sebagai peluru tambahan kepada pembangkang dalam kempen sebelum tiba pilihan raya ke 14.

Pemerhati politik sedar perkara ini bahawa cakap-cakap Mahathir hanya sekadar mahu mendapat perhatian daripada pemimpin kelompok pembangkang yang mana kita tahu bahawa sahingga kini parti bunga raya belum lagi diterima didalam pakatan harapan, kerana mereka kurang yakin dengan Mahathir yang pernah menjadi musuh mereka dahulu.

Oleh kerana mereka sedar akan kekuatan parti PAS untuk memecahkan undi pembangkang dan memberi keuntungan kepada parti Barisan Nasional maka parti pembangkang yang diketuai oleh DAP mengunakan Mahathir untuk melemahkan dan memperlekehkan kekuatan kepimpinan PAS.

Kerisauan ini jelas membuktikan bahawa parti PAS masih memiliki kekuatan sokongan rakyat dan Pakatan Harapan masih berharap PAS tetap bersama pembangkang bagi menghadapai PRU ke 14 nanti, walaupun mereka sedar bahawa selama ini mereka tidak ambil peduli akan sokongan dan bantuan yang pernah diberikan oleh parti PAS.

Diharapkan parti PAS tidak akan termakan dengan cara Mahathir dan kekal untuk tidak menerima gabungan politik bersama DAP, PAN, PKR dan PPBM yang tidornya sebantal tetapi mimpinya berlainan berlaka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.