Kiriman pada: Wed, Feb 1st, 2017

PAS Parti Lalang Atau Ada Pendirian

Kongsi maklumat ini
Tags

Sudah kah parti PAS memaafkan kesalahan Mahathir dan mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan selama beliau menjadi Perdana Menteri seperti mana yang pernah diungkapkan oleh bekas beberapa orang pemimpin parti tersebut.

Adakah Alahyarham Fadhi Noor sudah tetang dialamnya sekarang atau Allhayarham Nik Aziz juga sudah tenang disana menjadikan punca PAS sanggup duduk berbincang dengan parti Mahathir yang kononnya telah berjaya menghasilkan kesefahaman sesama mereka.

Jika benarlah PAS akan bekerja sama dengan parti Bunga pimpinan Mahathir maka segala sumpah seranah pemimpin dahulu hanya terpakai ketika berkuasa sahaja dan bukan selamanya di pegang oleh ahli-ahli dan kepimpinan kemudiannya dan mungkin kafirnya UMNO akan lupus jika Hadi Awang juga menjadi aruah.

Berkuburlah cita-cita Almarhum Fadhil Noor dan Nik Aziz yang mahukan Mahathir dipanjangkan umur agar beliau dapat melihat sendiri kemusnahan yang pernah dilakukannya dan Mahathie menerima laknat dari Allah atas dosa-dosaya terhadap parti dan ahli PAS.

Kerana ahli PAS hanya bergantung kepada pemimpin yang masih hidup sahaja segala amanatnya terpakai dan sesudah pemimpin mereka mati maka amanat tinggal amanat sahaja.

Jadi ahli dan pemimpin PAS hari ini tidak mahu lagi melihat akan bencana yang bakal menimpa Mahathir seperti mana yang di doakan oleh Almarhum Fadhil Noor, begitu juga Nik Aziz yang mahu ahlinya mendoakan kepimpinan UMNO pecah perut dan sebagainya.

Malah mulai dari hari ini maka ahli PAS perlu mendoakan kesejahteraan Mahathir dan di doakan umurnya bertambah panjang lagi untuk melihat Mahathir menjadi macai kepada kepimpinan DAP untuk menghancurkan UMNO.

Jika suatu ketika dahulu mereka ini berdoa agar Mahathir dan UMNO berkubur, di pecahkan perut serta ditimpa musibah dan laknat oleh Allah S.W.T, tetapi hari ini mereka menandah tangan kepada Allah agar dipanjangkan umur Mahathir untuk menghancurkan UMNO.

Maka tidaklah diketahui sama ada Ustaz Fadhil Noor cukup gembira dengan tindakan pemimpin PAS hari ini yang mahu bekerja sama dengan Mahathir, tidak kira atas nama apa sekali pun, begitu juga dengan roh Nik Aziz mungkin sudah tenang sekarang ini bila ahli PAS sudah boleh menerima Mahathir.

Begitu juga dengan keluarga ahli PAS yang terlibat dengan isu Memali, mungkin sekarang ini sudah boleh menerima dan memaafkan Mahathir walaupun suatu ketika dahulu mereka menuduh Mahathir sebagai tangan yang membunuh keluarga mereka, demi menjatuhkan UMNO pada mereka dosa masa lalu Mahathir harus dipadamkan dari ingatan.

Tiada yang pelik dengan ahli parti PAS ini semuanya boleh jadi, pernah suatu ketika dahulu pemimpin mereka berkata sanggup bekerja sama dengan syaitan untuk mencapai matlamat politik, begitu juga dengan menerima pemimpin komunis sebagai pejuang negara, apalah sangat jika untuk memaafkan Mahathir.

Bemusuh dengan Mahathir ini hanya sekadar berpolitik sahaja, pada ahli PAS mana yang boleh membawa keuntungan kepada mereka maka bolehlah mereka condong ke arah itu, apa lah sangat dengan Mahathir jika syaitan pun mereka boleh meminta pertolongan demi menguburkan UMNO.

Apa pun kita tunggulah keputusan kepimpinan tertinggi mereka yang mahu memperhalusi ruang kerjasama antara parti PAS dengan parti Bunga Mahathir, dan kita lihat akan hasil kerja Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS dan parti Bunga ini, sama ada mereka ini mempunyai pendirian atau sememangnya mereka ini lalang yang mudah condong kearah mana yang halakan.

Maka rakyat akan mudah memahami bahawa jalan perjuangan PAS sebenarnya, kita tunggu keputusan kerjasama persefahaman politik PAS dan parti Bunga ini nanti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.