Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

PAS tak suruh ganas, bergaduh dengan pihak berkuasa

Kongsi maklumat ini
Tags

PERHIMPUNAN ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGANKUALA LUMPUR: Orang ramai yang menyokong perjuangan PAS diminta tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi dakyah pihak tertentu hingga membabitkan diri dengan keganasan dan bergaduh dengan pihak berkuasa. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata semua masalah yang melanda negara ketika ini termasuk yang berkaitan dengan politik harus diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam. Demonstrasi jalanan katanya, sedikit sebanyak akan mengundang keganasan apatah lagi apabila ada provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab),” katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di sini malam tadi. Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, pelantikan jawatan baru anggota kabinet kerajaan tidak akan mampu menangani segala kemelut yang timbul jika pemimpin berkaitan tidak kembali ke jalan Islam. “PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak, PAS tidak mahu rebut jawatan, orang bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam kerana ia bukan sekadar agama, tapi mencakupi semua aspek kehidupan. “Pemimpin yang ada ketika ini, perlu kembali kepada Islam dan kita bersetuju menyokong kalau mereka kembali. Kita tak mahu rebut jawatan tapi kalau tidak (kembali kepada Islam), kami lawan habis-habisan,” katanya. Sementara itu Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata parti serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan idea mewujudkan Islam yang syumul adalah sebuah angan-angan yang tidak mungkin kesampaian. “Semuanya berkisarkan kepada idealogi politik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. “Pendirian mereka juga jelas bercanggah apabila dengan tegas menyatakan kemenangan PAS tidak akan berlaku jika tidak bekerjasama dengan DAP. “PAS sebuah parti Islam. Menang atau kalah, segalanya ditentukan Allah SWT, bukan DAP. Kerana itu kita kata GHB ini rosak akidah kerana mempercayai pergantungan kepada manusia melebihi kepada Allah SWT,” katanya. Perhimpunan hampir empat jam itu dihadiri kira-kira 150 penyokong parti.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.