Kiriman pada: Wed, Oct 12th, 2016

PAS Umum Tidak Sertai Demo Haram Bersih 5

Kongsi maklumat ini
Tags

tidakPAS menegaskan parti itu tidak akan menyertai demonstrasi jalanan secara besar-besaran Bersih 5 pada 19 November depan.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, PAS sebaliknya akan menganjurkan Himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh yang akan diumumkan nanti.

“Sementara 14, 15 dan 16 Oktober ini, seluruh ahli PAS akan berkampung di Balai Islam Telok Mas, Melaka bagi menyertai Ijtimak Tarbawi 5.0 dan Munajat Perdana bagi Pindaan Akta 355,” umumnya dalam satu kenyataan.

Bersih 5 anjuran gerakan anti-kerajaan bakal diadakan dengan kerjasama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) daripada Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Penganjur perhimpunan itu mendakwa demonstrasi jalanan itu kononnya bagi menegakkan demokrasi, tetapi malangnya ia kelihatan dengan jelas memperjuangkan kepentingan politik pembangkang dan agenda golongan liberal.

Perhimpunan Bersih sebelum ini turut didakwa diresapi kumpulan yang memperjuangkan hak asasi secara melampau termasuk kebebasan mengamalkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.

Lebih malang apabila penganjuran Bersih 4 pada tahun lalu menyaksikan peserta demontrasi itu mengadakan acara memijak-mijak gambar dua pemimpin parti terbesar kaum Melayu iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.