Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Pasaran Saham Di Asia Berada Pada Paras Terendah

Kongsi maklumat ini
Tags

gjkkdKuala Lumpur – Pasaran saham di Asia berada pada paras terendah dalam tempoh hampir empat tahun pada awal dagangan pagi susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Kebimbangan para pelabur juga tertumpu kepada kemampuan China untuk mengawal ekonominya.

Pasaran saham di Shanghai yang susut teruk pada sesi pembukaan, meningkat sedikit pada akhir sesi dagangan pagi dengan komposit indeks naik 0.2 peratus kepada 3 ribu 23.74

Manakala hangseng di Hong Kong menokok 0.6 peratus kepada 20 ribu 88 mata.

Indeks Nikkei Jepun susut 2.12 peratus menjadi 17 ribu 322.56 dan indeks Topix bagi saham bahagian pertama jatuh 2.36 peratus kepada seribu 413.17.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.