Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

PASUKAN KHAS TANGANI SALAH GUNA MEDIA SOSIAL BERMESYUARAT MINGGU DEPAN

Kongsi maklumat ini
Tags

dgqewtuSibu – Pasukan khas untuk menangani masalah penyalahgunaan media sosial di negara ini akan bermesyuarat minggu depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pasukan itu, yang dianggotai wakil Pejabat Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia, akan meneliti dan menyediakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah itu yang semakin membimbangkang kerajaan.

“Ada sesetengah pengguna media sosial ini menyalahgunakannya dengan menyebarkan kebencian dan ekstremisme agama yang boleh menjejaskan kestabilan negara dan ini amat merisaukan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rangkaian Maklumat dan Komunikasi Komuniti di Taman Tasik Permai di sini.

Mohd Salleh, yang juga pengerusi pasukan itu, berkata perbuatan pengguna media sosial mengkritik kerajaan adalah sebahagian daripada proses demokrasi tetapi ia tidak harus digunakan untuk menimbulkan kebencian di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian akan melaksanakan pelan pemulihan menara telekomunikasi yang tidak berfungsi di Sarawak bulan ini, dengan pemulihan itu melibatkan beberapa syarikat telekomunikasi.

“Banyak menara komunikasi didirikan di negeri ini tetapi masih belum mempunyai ketersambungan,”katanya sambil berkata kementerian akan melihat keperluan membina lebih banyak menara komunikasi di negeri ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohd Salleh memuji Kumpulan Rimbunan Hijau kerana menyediakan 32 hotspot percuma di bawah projek tanggungjawab sosial korporat di bandar ini untuk kegunaan orang ramai khususnya masyarakat peniaga.

Usaha itu dapat membantu golongan usahawan muda, yang arif dalam penggunaan internet, mengembangkan perniagaan mereka secara talian dan membantu meningkatkan ekonomi setempat, katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.