Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Pasukan Liga Super Lain Juga Ada Video, Punyai Identiti Sendiri

Kongsi maklumat ini
Tags

Selangor

Selain mempersiapkan jentera permainan untuk saingan liga Super 2016 yang bakal menjelang beberapa hari lagi, boleh dilihat setiap pasukan sedang memperkenalkan ‘identiti’ masing-masing.

Cara kreatif untuk menghebahkan pemain-pemain ialah melalui video rasmi pasukan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan barisan pemain dan juga persalinan rasmi pasukan.

Menjadi menarik apabila video-video rasmi pasukan tersebut menjadi perbualan dikalangan nitizen. Perbalahan mereka sememangnya boleh menghangat serta merancakkan ruangan media sosial.

Banyak pertikaian dibuat oleh pakar-pakar bola sepak di media sosial. Sehinggakan ada pihak yang mempersoalkan dari mana datangnya ‘identiti’ penghasilan video yang dibuat.

Pada 13 Fabruari ini akan bermulanya Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Selangor. Kedua-dua pasukan memegang status juara Liga Super 2015 dan juara Piala Malaysia 2015.

Lebih menarik perlawanan pertama Liga Super 2016 ini apabila kedua-kedua pasukan JDT dan Selangor terbabit dalam kontroversi melibatkan pemain-pemain.

Walaupun isunya sudah selesai tetapi dikalangan netizen tidak akan ada penyelesaian kerana itu lah hakikat sebenar kerana pendapat netizen seringkali akan berbeza.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.