Kiriman pada: Tue, Dec 27th, 2016

Patuhi Peraturan Dan Hak Penguna Jalan Raya

Kongsi maklumat ini
Tags

Pada sertiap kali berlakunya kemalangan yang melibatkan nyawa penumpang sudah pasti akan ramai orang menunding jari kepada pihak berkuasa tanpa menilai duduk perkara sebenar atau menunggu selesainya siasatan yang dibuat.

Tetapi tindakan mereka yang bertanggung jawab didalam setiap petaka seperti kemalangan jalan raya perlulah kita hargai seperti mana yang telah dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah mengarahkan agar satu siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan tersebut seperti mana yang berlaku kepada bas ekpress yang terlibat dengan kemalangan di Paguh baru-baru ini.

Selain melahirkan rasa sedih beliau terhadap kemalangan yang meragut 14 nyawa itu, dengan tegas telah mengarahkan pihak-pihak yang bertanggung jawab untuk menjalankan siasatan terperinci kerana telah menjadi tanggung jawab beliau selaku Menteri Pengangkutan.

Keperihatinan Datuk Seri Liow sedikit sebanyak telah memberi gambaran awal bahawa kerajaan tidak memandang ringan dengan isu kemalangan yang membabitkan nyawa penguna jalan raya termasuk penumpang kenderaan awam seperti bas dan teksi.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi Kementerian Pengangkutan untuk memastikan setiap kenderaan serta pemandu kenderaan awam berada didalam keadaan siap siaga untuk memberi perkhidmatan, dengan ketegasan agar setiap kenderaan awam perlu mendapatkan kelulusan melalui pemeriksaan di PUSPAKOM sebelum melayakkan mereka untuk berada di jalan raya.

Datuk Seri Liow juga turut mengingatkan para pengguna jalan raya supaya mengambil pengajaran daripada kejadian ini supaya tiada lagi nyawa yang terkorban pada setiap kali datangnya musim perayaan, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa merancang perjalanan, memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan yang paling penting ialah patuhi peraturan jalan raya dan hormati hak pengguna jalan raya yang lain semasa memandu kerana nyawa setiap manusia itu sangat berharga.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.