Kiriman pada: Wed, Aug 31st, 2016

Patung Beruang Di Padang Kota Lama Di Hapuskan

Kongsi maklumat ini
Tags

bear2-1Setelah mendapat bantahan dari warga tempatan dan memnjadi viral di media sosial, Patung United Buddy Bears (UBB) yang dipamerkan di Padang Kota Lama George Town sejak 27 Ogos 2016 akhirnya telah pun disingkirkan hari ini.

Tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakkan dari diambil kesempatan oleh mereka yang mempunyai kepentingan.

Mufti Pulau Pinang Dato’ Dr. Hj. Wan Salim Wan Mohd. Noor dalam reaksinya telah memaklumkan bahawa pihak-pihak berkenaan telah pun mengambil tindakan dengan menanggalkan patung beruang berkenaan dari tapaknya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan kerana telah mengambil langkah segera bagi mengelakkan tindakan atau reaksi yang tidak sihat dari rakyat dan kuatir akan tersalah tafsir pameran tersebut sebagai mahu menghina agama Islam dan mengelakkan dari dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk tujuan mereka yang tersendiri.

Dato’ Wan Salim memaklumkan bahawa tulisan dalam bahasa Arab yg tercatat di bahagian pinggul patung beruang itu ialah suatu hadis Nabi yang membawa maksud “Tidak beriman seorang yang tidak menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya sendiri”.

Mufti Pulau Pinang Dato' Dr. Hj. Wan Salim Wan Mohd. Noor

Mufti Pulau Pinang Dato’ Dr. Hj. Wan Salim Wan Mohd. Noor

Menurut Dato’ Wan walaupun tujuan pameran ini baik iaitu untuk menggalakkan kedamaian dan persatuan antara sesama manusia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan budaya, tetapi dengan wujud tulisan tersebut di tempat yang tidak sesuai berkemungkinan menimbulkan salah faham orang ramai terutama masyarakat Islam.

Beliau juga berharap agar pihak penganjur pameran akan merujuk kepada Jabatan Mufti atau pihak Jabatan Agama terlebih dahulu jika didapati wujud apa-apa tulisan atau perkataan yang berkaitan dengan agama Islam untuk memastikan tiada sebarang unsur yang terlarang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.