Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

PBB Perlu Terus Main Peranan Utama Dalam Konflik Palestin Dan Israel

Kongsi maklumat ini
Tags

PC

PC

Kuala Lumpur – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu terus memainkan peranan utama dalam merealisasikan penyelesaian dua negara Palestin dan Israel, kata Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Ramlan Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia juga percaya bahawa sudah tiba masanya untuk masyarakat antarabangsa dan Majlis keselamatan menerajui dan menamatkan status quo dalam Wilayah Diduduki Palestin (OPT).

“Majlis itu perlu mencari usaha kolektif untuk memikul tanggungjawab piagamnya dalam menyelesaikan konflik yang berpanjangan yang seusia dengan organisasi itu sendiri,” katanya ketika berucap semasa debat terbuka suku tahun Majlis Keselamatan mengenai Timur Tengah di New York semalam.

Beliau berkata keadaan di Gaza tidak harus dilihat secara berasingan daripada isu yang lebih besar mengenai kependudukan dan cubaan oleh pihak yang mempunyai kuasa untuk mengukuhkan kawalan terhadap OPT itu.

Beliau berkata, 11 tahun telah berlalu sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan pendapat nasihat sebulat suara mengenai pembinaan tembok pemisah Isreal atau ‘Dinding Apartheid’, yang tidak mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, menurut Ramlan pendapat ICJ itu secara terang-terangan terus tidak diendahkan Israel dan sehingga kini tiada pampasan diberikan kepada mereka yang terlibat dengan pembinaan berterusan sistem dinding dan pagar berkenaan.

Malaysia juga percaya bahawa inisiatif baharu seperti Resolusi Majlis Perancis yang bercadang untuk menghidupkan kembali Proses Damai Timur Tengah, perlu diberikan pertimbangan serius, katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.