Kiriman pada: Wed, Feb 24th, 2016

PDRM bantah syor halalkan ganja

Kongsi maklumat ini
Tags

KHALID ABU BAKAR / WAWANCARA KHAS HARI POLIS KE 208KUALA LUMPUR: Cadangan ‘menghalalkan’ penggunaan ganja selain untuk kegunaan perubatan adalah tidak relevan kerana ia menjurus kepada penyalahgunaan yang memudaratkan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya cadangan yang dianggap liberal dan keterlaluan itu. “Kita tidak mahu lebih ramai anak muda terbabit dengan penyalahgunaan ganja yang biasanya mendorong kepada penggunaan dadah lebih ‘keras’. PDRM tidak sokong, kita bantah,” katanya. Khalid berkata, jika ada keperluan menggunakan ganja untuk tujuan perubatan, ia perlu dilaksanakan mengikut kawalan dan preskripsi pegawai perubatan bertauliah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.