Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

PDRM Sambar Bekas Pemain Lions XII Untuk Musim 2016

Kongsi maklumat ini
Tags

safuwanKuala Lumpur- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan pemain pertahanan Lions XII, Safuwan Baharuddin sebagai pemain import terbaharu bagi menguatkan cabaran skuad The Cops bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2016.

Safuwan, penjaring 10 gol untuk Lions XII dari 2012-2015, akan bersama bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Andrezinho, Dramane Traore dari Mali, dan kapten pasukan kebangsaan Maldives, Ali Ashfaq bagi melengkapkan kuota empat pemain import.

Ketua jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus mengesahkan Safuwan yang boleh beraksi di pertahanan dan tengah, menjadi pemain terbaharu pasukan itu selepas berjaya menyelesaikan isu kontraknya yang berbaki setahun dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

“Berikutan itu, kami terpaksa menggugurkan dua pemain import lain iaitu Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Jaime Braganca (Timor Leste) bagi mematuhi kuota pemain import,” katanya.

Beberapa media di Singapura baru-baru ini melaporkan Safuwan telah mengadakan rundingan dengan PDRM, namun perlu mendapat pelepasan daripada FAS terlebih dahulu kerana masih mempunyai kontrak setahun.

PDRM sebelum ini berjaya menyambar khidmat bekas pemain import Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Andrezinho bagi memperkuatkan skuad ‘The Cops’ untuk menghadapi saingan Liga-M 2016.

Safuwan, 24 yang pernah beraksi secara pinjaman selama tiga bulan bersama kelab Liga Australia, Melbourne City, awal tahun ini dikatakan menjadi sasaran PDRM berdasarkan persembahan cemerlangnya ketika mewakili Lions XII dalam saingan Liga-M musim ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.