Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

PDRM tidak gentar ugutan militan IS

Kongsi maklumat ini
Tags

polistaktakutis.transformedKUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar dengan sebarang ugutan yang dibuat kumpulan militan dan ekstremis, sebaliknya bersedia menangani ancaman yang dihadapi mengikut saluran undang-undang.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata video ugutan dilakukan militan IS di Syria kepada Malaysia adalah cubaan mempengaruhi dan menghasut rakyat supaya menyokong perjuangan kumpulan itu.

“Video itu adalah satu rancangan yang tidak sepatutnya diterima oleh masyarakat dan apa yang dinyatakan bukan saja menyalahi undang-undang, malah ia harus ditegah serta dielakkan.

“Kita tidak perlu terpengaruh dengan dakyah kumpulan militan ini dan tidak sepatutnya disebarkan secara berleluasa di negara ini kerana ia boleh memudaratkan keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penyebaran video ugutan membalas dendam oleh dua anggota kumpulan militan IS dikenali sebagai Katibah Nusantara bertajuk ‘Mesej Awam Kepada Malaysia’.

Video lebih satu minit itu antaranya mengugut Kerajaan Malaysia dan PDRM supaya berhenti menahan dan membebaskan anggota mereka yang ditahan sebelum ini, selain menyeru ‘saudara’ Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.