Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Pegawai DBKL Terlibat Sabotaj Kerajaan Barisan Nasional ?

Kongsi maklumat ini
Tags

12713936_1102120513155542_1940304824_nMerujuk gambar ini, kita dapat melihat beberapa orang pekerja di percayai keturunan Bangladesh sedang memegang bendera Barisan Nasional secara terbalik dan diperhatikan oleh beberapa pegawai bertugas di percai DBKL.

Apakah yang cuba disampaikan oleh mereka? isu pekerja bangla sedang hangat diperkatakan oleh pengguna media sosial sekarang ini ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik oleh menteri yang membuat rakyat lagi menyampah dengan mereka.

Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya melaksanakan tanggungjawab dengan telus bukan mempergunakan pekerja bangla ini sesuka hati, ini ternyata pegawai DBKL telah melanggar disiplin semasa menjalankan tugas.

Pihak DBKL harus menyiasat dalang disebalik kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat, adakah mereka tali barut pembangkang yang sengaja ingin mencemarkan imej serta reputasi baik DBKL?

Apa sekalipun niat mereka mempergunakan pekerja bangla tersebut perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana ini memburukkan lagi situasi semasa serta imej baik DBKL.

Jangan hanya pandai keluar saman ke atas pemandu atau hanya tahu menyita gerai-gerai sahaja, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap mereka yang terlibat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.