Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

Pegawai Kedutaan Malaysia Beri Khidmat Konsular

Kongsi maklumat ini
Tags

_KELUARGA-lpr-Putrajaya – Pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok kini berada di daerah Doi Saket di Chiang Mai untuk memberi perkhidmatan konsular kepada mangsa-mangsa nahas bas pada Ahad, serta anggota keluarga mereka.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata ia akan berusaha bersama agensi-agensi Malaysia berkaitan, pihak berkuasa Thai dan agensi pelancongan dalam membantu mengenalpasti mangsa serta membawa pulang mayat dan mereka yang cedera pulang ke Malaysia.

Kementerian Luar telah menggerakkan bilik operasinya di Putrajaya, yang boleh dihubungi di 03-8887-4570.

Wisma Putra berkata 13 rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam tragedi itu dan sembilan yang lain cedera, empat daripadanya parah.

Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

Lima belas anggota keluarga mangsa Malaysia berlepas ke Bangkok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini sebelum menuju ke Chiang Mai

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.