Kiriman pada: Sun, Jan 15th, 2017

Pegawai Penerangan Lim Guan Eng Celaru Minda

Kongsi maklumat ini
Tags

Di ketika pakatan pembangkang yang di kepalai oleh parti DAP dalam memutuskan hubungan dengan PAS, tindakan Pegawai Penerangan Guan Eng bekas pegawai tentera yang kena lucut jawatan telah memeningkan kepada boss nya dengan menongkah arus membantu ahli PAS.

Nampaknya bekas sojar ini tidak faham tugas dan peranan yang dipertanggunjawabkan itu sebab di lucut jawatan dalam tentera tempohahari dan di kutip oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya untuk membantu Guan Eng menambah keyakinan pengundi Melayu.

Rupanya bekas tentera ini hanya liabiliti sahaja kepada Guan Eng kerana tindakannya selama ini belum lagi mendatangkan hasil seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan negeri dan Guan Eng sendiri, malah tindakannya dalam cubaan membantu seorang ahli PAS yang diarah membayar ganti rugi adalah satu tindakan yang bodoh di ketika bossnya sedang memutuskan perhubungan dengan parti PAS.

Patutlah pun di lucut jawatan dari tentera kerajaan Malaysia sebab adanya pegawai seperti ini boleh memudaratkan negara kerana tidak faham kedudukan sebagai penjawat awam dan sokongan politik.

Tindakan bekas pegawai askar ini telah menimbulkan kekeliruan sekali gus membuktikan tindakan mengambil orang ini dan menyerap kedalam kerajaan Pulau Pinang adalah satu tindakan terdesak pati DAP semata hanya untuk meraih sokongan populariti sebaik bekas tentera ini di lucutkan jawatan.

Bekas tentera ini juga gagal menambah sokongan orang Melayu terhadap parti DAP dan Guan Eng khasnya, tindakan pengambilan yang benar-benar merugikan parti dan kerajaan Pulau Pinang.

Dengan kes yang sedang dibicarakan yang memungkinkan seribu macam masalah kepada Guan Eng ditambah pula dengan kebodohan bekas tentera yang bertindak tidak memihak kepada Ketua Menteri maka ada baiknya jika bekas tentera ini di pecat atau dilucutkan jawatannya.

Bayangkan diketika Boss nya sedang berhadapan dengan kes di mahkamah yang melibatkan kepentingan awam dan sedang memutuskan perhubungan dengan parti PAS boleh pula bekas pegawai tentera yang menjadi Pengawai Penerangan Guan Eng sibuk membantu ahli PAS yang kini menghadapi denda oleh pihak mahkamah.

Guang Eng telah salah dalam mengarapannya kali ini yang pada mula mahu menumpang populariti ketika bekas pegawai tentera ini dipecat, tetapi menjadi liabiliti kepada Guang Eng, Kerajaan Negeri dan parti DAP.

Sebaiknya Guan Eng pecat sahaja pegawai penerangannya ini kerana tidak faham tanggungjawab dan peranannya sebagai Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha parti DAP.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.