Kiriman pada: Thu, Mar 12th, 2015

Pegawai TLDM Ditahan Reman Lima Hari

Kongsi maklumat ini
Tags

MAHKAMAH MAJISTRETIpoh – Seorang lagi pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut berpangkat Leftenan Komander ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan suspek yang berumur 39 tahun itu direman sehingga Isnin depan selepas menerima permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah suami kepada seorang daripada pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander yang ditahan reman Selasa lepas.

Selasa lepas, 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota TLDM di Lumut, ditahan reman sehingga 16 Mac, mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lima penjawat awam itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Seksyen 17(a) akta SPRM kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Sembilan orang awam, termasuk seorang wanita, pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta SPRM kerana disyaki memberi suapan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.