Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Peguam Negara Di Minta ambil Tindakan Terhadap Portal Biadap.

Kongsi maklumat ini
Tags

cop-mohorKuala lumpur – Merujuk kepada titah kemurkaan Raja Raja Melayu yang merasa terhina dengan artikel didalam sebuah portal pembangkang yang menyiarkan entri yang membawa maksud bahawa Bainda Majlis Raja Raja Melayu telah menolak Pindaan Perlembagaan bagi pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah (ii) Kelantan (Pindaan 2015).

Kenyataan dari pada portal pembangkang tersebut benar benar merupakan satu fitnah terhadap Majlis Raja Raja yang tidak pernah membincangkan isu Pindaan Perlembagaan Enakmen Jenayah Syariah tersebut.

Malah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja sendiri hari ini telah menafikan sekeras kerasnya artikel yang di buat oleh portal berkenaan.

“Majlis Raja Raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis”.

Oleh itu adalah di harapkan agar Peguam Negara mengambil tindakan terhadap portal berkenaan yang terang terang cuba mencemar nama baik Majlis Raja Raja dan kemungkinan boleh di kira sebagai cubaan menghasud bagi menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.