Kiriman pada: Mon, Nov 28th, 2016

Pejabat NGO ada kaitan Maria Chin diserbu polis

Kongsi maklumat ini
Tags

kaitanKuala Lumpur – Lagi satu pejabat NGO yang mempunyai kaitan dengan Maria Chin Abdullah diserbu pihak polis hari ini di Petaling Jaya.

Pihak polis telah menyerbu pejabat NGO Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) bagi tujuan siasatan.

Menurut peguam Empower, Honey Tan, pihak polis memaklumkan bahawa serbuan dilakukan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Beberapa pekerja NGO tersebut yang juga berada di dalam pejabat sedang disoal siasat polis.

Motif serbuan belum dapat disahkan.

Sebelum ini, pejabat Bersih 2.0 turut diserbu bawah seksyen sama.

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah ketika ini sedang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), sebelum ini pernah mengetuai Empower.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.