Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Pekerja Asing – Belia Kita Tidak Mampu Bersaing Di Dalam Sektor 3D

Kongsi maklumat ini
Tags

pekerja kobisRamai yang mengkritik apabila kerajaan memutuskan untuk membawa masuk pelerja asing termasuk dari Bangladesh, Dato’Seri Ahmad Zahid Hamidi di laporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun.

Langkah itu bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan, persoalannya sanggupkah belia-belia kita bekerja mengambil upah di ladang, menjadi buruh kasar serta bekerja di kilang.

Sanggupkah mereka bekerja didalam bidang 3D ia itu, kotor, sukar dan bahaya, sesungguhnya kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana rakyat Malaysia tidak berminat bekerja dalam sektor 3D ini.

Dalam hal ini siapa kata graduan berkelulusan tinggi tidak boleh menceburi sektor lain seperti perladangan dan pembinaan, dangan kadar penganguran yang tinggi, mereka yang berkelulusan universiti tidak seharusnya terlalu memilih kerja sebaliknya merebut peluang yang ada dalam sektor yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti perladangan dan pembinaan.

Dengan adanya pengalaman sebagai buruh binaan mereka mampu berusaha untuk menjadi seorang kontraktor yang berjaya, dengan adanya pengalaman sebagai pekerja ladang pula mereka boleh menjadi pengusaha ladang yang berkaliber.

Tidak dinafikan kerajaan perlu mengawal dan memantau jumlah dan pergerakkan pekerja asing di Malaysia, jika tidak dikhuatiri mereka pula yang akan menguasai ekonomi negara sekiranya diberi peluang.

Jika dahulu warga asing hanya bekerja di dalam bidang separuh mahir seperti pembinaan, perladangan dan pembuatan, tetapi kini mereka mula menguasai bidang perniagaan, memang benar pekerja asing mempunyai sumbangan dalam memancu pembangunan dan ekonomi negara.

tetapi kebanjiran warga asing juga mempunyai risiko tinggi, kebangjiran warga asing menyebabkan rakyat terpaksa bersaing dan berkongsi subsidi serta kemudahan yang disediakan kerajaan, termasuk kemudahan perubatan dan pengangkutan awam.

Sektor perkhidmatan seperti pengawal keselamatan, juruwang, pelayan restoran sepatutnya boleh di isi oleh orang tempatan, jika belia Malaysia boleh bekerja didalam bidang 3D maka barlah kerajaan boleh menolak kemasukkan pekerja asing ke negara ini.

Bagi gulungan belia yang kurang menyerlah didalam bidang akedamik mereka sebenarnya mampu memajukan diri didalam bidang yang berkaitan dengan kemahiran daripada terjerumus didalam aktiviti tidak berfaedah seperti melepak, merempit atau kegiatan tidak sihat lebih baik mereka ini didedahkan dengan bidang kemahiran.

Dengan cara ini ekonomi negara akan meningkat dan statistik penganguran akan berkurangan malah kadar jenayah dapat di kurangkan, natijahnya belia kita hanya perlu mempunyai minda yang positif, mereka perlu mengenepikan andaian bahawa sektor itu adalah kotor, tidak menguntungkan, sangat susah, merbahaya dan tidak membawa kepada penigkatan taraf hidup.

Hakikatnya sektor tersebut berpotensi tinggi sahingga negara tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja asing

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.