Kiriman pada: Thu, Dec 17th, 2015

Pekerja sokongan Hospital Bahagia mohon campur tangan Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

hospital_bahagia.transformedPUTRAJAYA: Seramai 150 pekerja sokongan di Hospital Bahagia, Perak memohon campur tangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bagi membantu menyelesaikan masalah penamatan perkhidmatan mereka susulan pengambilan syarikat pengurusan baharu bermula Januari depan. Wakil kumpulan pekerja itu, Khairul Azril Shahadan, berkata majikan mereka pada bulan lalu mengeluarkan surat penamatan kontrak perkhidmatan kerana syarikat baharu sudah dilantik untuk menguruskan kerja-kerja sokongan di hospital terbabit. “Syarikat baharu itu menawarkan gaji bulanan RM900 berbanding RM950 sebelum ini selain pengurangan elaun serta pemansuhan beberapa kemudahan yang diterima kami.

“Malah, lebih mendukacitakan, pihak majikan mendakwa pekerja akan diberikan tawaran dengan terma dan syarat baharu, sebaliknya kami diberikan borang permohonan kerja seolah-olah perlu memohon sebagai pekerja baharu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berhubung masalah dihadapi 150 pekerja sokongan Hospital Bahagia itu kepada Pegawai Keselamatan Kementerian Kesihatan, Ismail Mat Sohot yang mewakili Subramaniam di sini sebentar tadi. Khairul Azril turut menggesa Kementerian Kesihatan menghapuskan sistem kontrak dengan menyerap 150 pekerja sokongan itu sebagai pekerja tetap supaya nasib mereka lebih terbela pada masa akan datang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.