Kiriman pada: Thu, Nov 12th, 2015

Pelajar Kolej Didakwa Tunjuk Kemaluan Kepada Wanita Sambil Berbogel

Kongsi maklumat ini
Tags

2mahkamahKuala Lumpur – Seorang pelajar kolej, yang dikaitkan dengan video yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbogel melakukan onani di belakang rumah jirannya di sini minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Ahmad Zikrizaid Abdullah, 18, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang suri rumah berusia 47 tahun dengan cara menunjukkan kemaluannya dalam keadaan bogel kepada mangsa sehingga menganggu kesantunan wanita itu.

Tertuduh, yang memakai baju-T berwarna biru dengan seluar jeans, menggeleng-gelengkan kepalanya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Zulyana Zollkapli.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bahagian belakang dapur sebuah rumah di Pandan Indah di sini pada pukul 12.20 tengah malam, Sabtu lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum syor wang jaminan RM6,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Donny Abdullah memohon jumlah yang munasabah.

Zulyana membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Dis untuk sebutan semula kes.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.