Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

PELAJAR LELAKI TINGKATAN EMPAT MAUT DITIKAM

Kongsi maklumat ini
Tags

ckSungai Petani – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di sini, maut ditikam di Bandar Puteri Jaya dalam kejadian yang berlaku antara pukul 9 malam sehingga pukul 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mangsa dikenali sebagai K Kishen, 16, dikatakan sedang berjalan kaki menuju ke satu lorong di Taman Bandar Puteri Jaya di sini sebelum dihampiri dua buah motosikal yang dinaiki empat lelaki.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah ditahan oleh empat lelaki menaiki motosikal yang memakai topi keledar itu.

“Di situ, mangsa disyaki ditikam oleh suspek pada bahagian tengah dada, namun mangsa sempat berlari sejauh 30 meter sehingga tiba di hadapan sebuah pasar mini sebelum terbaring tidak sedarkan diri,” katanya kepada Bernama.

Md Zukir berkata, mangsa dibawa orang awam ke klinik berhampiran sebelum di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Susulan kejadian polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.