Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Pelajar Perlis Di Jordan Terima Sumbangan Khas

Kongsi maklumat ini
Tags

fsjkAmman, Jordan – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberi sumbangan khas bernilai RM4,000 kepada setiap orang pelajar Perlis yang sedang menuntut di Jordan.

Perkara ini dinyatakan Raja Muda Perlis, Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs.

“Sumbangan khas ini bererti setiap pelajar yang menuntut di Jordan akan menerima RM10,000,” titah baginda ketika menyampaikan sumbangan itu pada program ‘Tautan Ukhwah MAIPs’ di sebuah hotel di sini malam tadi.

Ibu bapa pelajar akan turut dijemput untuk menerima dermasiswa sumbangan MAIPs di Perlis bernilai RM6,000 bagi setiap pelajar selepas ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Nazim Mohd Noor dan Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Puan Mega Nopija Khalidi turut hadir pada majlis berkenaan.

Ketika ini seramai 51 pelajar Perlis sedang menuntut di Universiti Yarmouk, Universiti Jordan, Universiti Mutah dan Universiti Albayt.

Antara mereka, tujuh orang mengambil jurusan perubatan, tujuh orang bidang pergigian manakala selebihnya dalam pelbagai jurusan lain termasuk bahasa Arab.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah sumbangan khas itu diberikan kerana MAIPs menyedari masalah pelajar khususnya menerusi pembiayaan sendiri yang menghadapi masalah kewangan.

Sementara itu baginda Yang juga Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) mengumumkan KUIPs merancang untuk mengadakan program berkembar dengan universiti terpilih Jordan yang akan dilaksanakan di cawangan KUIPs di Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan 20 helai jersi bola sepak pasukan Perlis kepada pelajar bagi melahirkan warga Perlis yang sihat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.