Kiriman pada: Sat, Dec 24th, 2016

Pelakon ¨Star Wars¨ Carrie Fisher Masih Menerima Rawatan Selepas Serangan Jantung Semasa Penerbangan Dari London

Kongsi maklumat ini
Tags

Los Angeles – Pelakon filem “Star Wars”, Carrie Fisher dilaporkan dalam keadaan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi selepas mengalami kecemasan perubatan dalam penerbangan dari London ke LA.

Adiknya, Todd Fisher berkata bahawa kakaknya sedang menerima penjagaan yang sangat baik, tetapi dia tidak dapat mengklasifikasikan keadaannya stabil selepas mengalami kecemasan perubatan, katanya.

Beliau berkata beliau tidak dapat membincangkan apa-apa maklumat lain mengenai apa yang berlaku kepada kakaknya.

Carrie Fisher, 60, mengalami masalah serangan jantung semasa penerbangan dari London dan dirawat oleh paramedik selepas pesawat itu mendarat di Los Angeles, menurut laporan memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan.(AP)

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.