Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Pelakon Wanita AUSTRALIA Direman Hingga Khamis Kerana Bawa Lari Anak

Kongsi maklumat ini
Tags

mfhjKuala Lumpur – Polis menahan seorang pelakon wanita Australia Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya Ashley Crick, pada 10 Dis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya menahan pelakon itu ketika beliau menyerah diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada pukul 6 petang semalam untuk memberi keterangan.

“Dia ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis untuk membantu siasatan,” katanya Tajuddin Md

Beliau berkata pihaknya juga akan mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak itu dalam masa terdekat.

Katanya, Szonert disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan anak dan Seksyen 339 Kanun Keseksaan kerana perbuatan menghalang pergerakan seseorang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.