Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan Bukan Bermotifkan Politik

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti, bukan bermotifkan politik.

Malah pengurusan pelaksanaan akta itu bukan diletakkan di bawah anggota-anggota pentadbiran tetapi diletakkan di bawah satu badan yang berwibawa.

Tujuan pelaksanaan itu adalah untuk mencegah sebarang elemen keganasan daripada merebak dan mengancam keselamatan negara.

“Prevention is better than cure (mencegah lebih baik daripada merawat) menjadi pegangan kerajaan terhadap mencegah ancaman keganasan.

“Sebelum berlaku keganasan kita mesti ambil tindakan dahulu mencegahnya kerana kesannya lebih buruk jika kita terlambat mengambil tindakan,” katanya semasa merasmikan Hari Polis ke 208 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.