Kiriman pada: Mon, Dec 14th, 2015

Pelan hala tuju pasca 2020 perlu digariskan segera

Kongsi maklumat ini
Tags

81447933455_APECPUTRAJAYA: Pelan hala tuju pembangunan negara pasca 2020 bakal ditentukan dalam tempoh antara setahun atau dua tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha perbincangan perlu bermula dalam masa terdekat bagi meneliti visi negara seterusnya selepas mencapai status negara maju.

Ujar Najib, proses percambahan fikiran itu perlu bermula segera berikutan ia melibatkan semua pihak berkepentingan.

“Kita tak boleh tunggu pada 2020 baru kita nak menentukan atau mengolah apa bentuk visi selepas 2020.

“Proses percambahan fikiran ini dan keterlibatan pelbagai golongan dan pihak termasuk cendekiawan, NGO, masyarakat sivil sudah tentu makan masa,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) di Putrajaya, malam tadi.

Dalam pada itu, Najib ingin melihat kedudukan Malaysia antara 10 negara paling berdaya saing dunia.

“Laporan World Bank menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling kompetitif di dunia tetapi saya tidak berpuas hati dengan kedudukan 18.

“Kita mesti berada di tangga 10 teratas. Kita perlu melakukan apa sahaja yang perlu untuk mencapai kedudukan itu dalam masa tertentu,” katanya.
Malaysia ketika ini berada pada kedudukan ke-18 negara paling berdaya saing oleh World Economic Forum mengatasi Korea Selatan, Australia dan Perancis.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.