Kiriman pada: Mon, Jan 4th, 2016

Pelan Khas Atasi Pencemaran Aktiviti Melombong Bauksit

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KPC) kini menyediakan satu pelan khas bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di sini akibat aktiviti melombong bauksit.

Menyatakan demikian pada Ahad, Ketua Pegawai Operasi KPC, Datuk Khasbullah A. Kadir berkata memandangkan saiz projek yang besar, usaha itu akan memakan masa.

Dengan terlaksananya pelan itu, kata beliau, pihaknya yakin proses pengendalian pengeksportan bauksit di kawasan pelabuhan akan lebih bersih antara 60 hingga 80 peratus berbanding sekarang.

“Ini semua dijangka dapat direalisasikan menjelang pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini.

“Di samping itu, katanya, KPC membelanjakan RM1 juta sebulan bagi membersihkan sisa bauksit di kawasan pelabuhan.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini berhubung kawasan penyimpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan tidak diuruskan dengan baik menyebabkan air Sungai Balok dan Pantai Batu Hitam tercemar dan menjadi merah minggu lepas.

Keadaan itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat dan mengancam mata pencarian nelayan.

Persatuan pencinta alam sekitar meminta kerajaan menghentikan kegiatan perlombongan tersebut.

Mengulas mengenai pencemaran luas baru-baru ini, Datuk Khasbullah berkata apabila hujan lebat, kegiatan pembersihan menggunakan mesin khas tidak dapat dilakukan.

Pekerja pembersihan pelabuhan, hanya dapat menyodok bahan tersebut di atas jalan raya untuk tidak mencemar alam sekitar.

“Ketika hujan lebat baru-baru ini, kami tidak mampu halang bahan ini daripada mengalir keluar.

“Tambahan pula jumlah bauksit yang perlu kami kendalikan adalah sangat banyak manakala timbunan bauksit tidak diletakkan setempat,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.